Sunday, November 6, 2011

peNgorbaNan..........


Assalamulaikum...salam serta selawat keatas junjungan besar nabi kecintaan kita semua MUHAMMAD s.a.w, serta kepada keluarga baginda, para2 sahabat dan tabi'in sekalian...

Allahu Akbar...Allahu Akbar...Allahu Akbar....begitulah indahnya gema takbir berkumandang di langit, tidak kira dimana jua di setipa penjuru alam dalam memuji kebesaran ilahi untuk mendapatkan rahmatnya......

kisah nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s amat lah baik untuk diambil pengajaranya bg diri yg kerdil ini.....ketaatan dan kehambaan seorang ayah kepada penciptanya amatlah tinggi sehingga sanggup mengorbankan anak kesayangan demi memenuhi tuntutan ilahi....

bagi diri ku ini, wajarlah untuk aku mermuhasabah dan menilai kembali apakah bentuk pengorbanan yg telak ku berikan pada Agama, Bangsa dan Negara....untuk diri ini yg sentiasa mengeluh, merungut dan menagguh dlm melakukan amal kebaikan, adakah layak utk aku digelar pejuang agama!!!!!!!

Malu untuk diri yg kerdil dan hina ini untuk mengaku sebagai pejuang agama yg sanggup mengorbankan apa sahaja demi Agama nya....sedangkan fikiran yg sentiasa melayang utk memenuhi tutntutan dunia yg dianggap lebih penting daripada tuntutan akhirat...adakah layak bagi ku untuk mengikut jejak langak para2 Nabi ku, yg sanggup mengorbankan apa shj demi mengapai cinta ILAHI ......

pengorbanan membawa banyak erti kepada setiap insan dalam mentafsirkan erti pengorbanan...ada yg menganggap pengorbanan itu liabiliti dan ada juga yg menganggap pengorbanan itu sebagai pencorak dlm kanvas kehidupan mereka....bagi umat islam, pengorbanan utk agama lah yg perlu diutamakan dlm meniti cabaran dan dugaan hidup....

yea bagi diri ku ini, masih banyak pengorbanan yg perlu dilakukan utk menguatkan daulah islamiah....aku masih tidak layak utk digelar pejuang islam...tetapi Allah kan Ada. selagi diri ini berpegang teguh pada tali ilahi, yakni agama islam, selagi itulah diri ini akan mendapat keredaan yg diinginkan...

tunduk lah padanya, demi keredaanya....
tunduk lah padanya, demi cahanyanya....
tunduk lah padanya dan tangisi lah kehidupan kita yang SINGKAT ini...

“Kamu beriman pd Allah & rasulnya & b’jihad pd jln Allah dgn harta & jiwamu. Itulah yg lebih baik bagimu, sekiranya kamu mengetahui.” (as-Saf:11)


UNTUK MATI DALAM ISLAM
PERLU HIDUP DALAM ISLAM
UNTUK HIDUP DALAM ISLAM
PERLU BEKERJA DALAM ISLAM!!
I ♥ ISLAM...

silap dan salah mohon diperbetulkan...wassalam... hasrul fahri

No comments:

Post a Comment