Wednesday, December 29, 2010

mata oh mata....



Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…



wasalam………………….
dipetik dari iluveislam.com....

Tuesday, December 28, 2010

bertuahnya hidup ini...

DENGAN KUALITI JIWA BUKAN KUANTITI HARTA…


Baiklah sahabat dan saudara-saudaraku, kali ini mari kita sama-sama telusuri tulisan yang sangat sederhana ini. Semoga sadara/i ikhlas membacanya, sepertimana saya cuba ikhlas ketika menulisnya. Bacalah… dengan kualiti jiwa, bukan kuantiti harta...

Redha Allah terletak pada redha ibu-bapa. Semua orang pernah mendengar ungkapan ini. Namun, berapa kerat yang memahami tuntutannya? Dan berpada kerat pula yang telah menunaikan tuntutannya? Ibu-bapa yang telah tua memang menguji anak-anak. Maklumlah, akalnya sudah lemah, pertimbangannya jadi singkat. Kerenah orang tua sangat menguji anak-anak.

Berapa ramai yang menganggap ibu-bapa yang telah tua sebagai satu liabiliti dalam kehidupan kita. Pada hal mereka sebenarnya adalah satu aset yang sangat berharga dalam kehidupan kita. Menjaga ibu-bapa yang telah tua, bersabar dalam menghadapi kerenahnya sesungguhnya akan membuka pintu kerahmatan dan keberkatan daripada Allah swt.

Ingatkah lagi kita tentang satu hadis panjang yang menceritakan kepada kita bagaimana tiga orang lelaki terperangkap dalam sebuah gua? Masing-masing memohon pertolongan daripada Allah melalui perantaraan (tawassul) amalan mereka. Salah seorang lelaki tersebut telah memohon kepada Allah melalui perantaraan amalannya yang berbakti kepada orang tua… dan pintu gua itu tergeser, petanda bantuan Allah tiba kerana amalannya terhadap orang tua.

Mengapa tidak kini kita gunakan kaedah yang sama? Bukankah banyak permasalahan dan beban hidup yang berat sedang atau akan kita tanggung? Salah satu kaedah untuk mengatasi dan menangani masalah tersebut ialah dengan berbakti kepada orang tua dan menjadikan kebaktian tersebut sebagai perantaraan berdoa kepada Allah. Dengan syarat kita berbuat demikian dengan hati yang ikhlas.

Berapa ramai penulis yang “terbantut” idea dan mindanya, lalu dia mengangkat tangan berdoa kepada Allah melalui perantaraan ketaatannya kepada ibu-bapanya? Atau ahli perniagaan yang dilanda masalah hutang atau merudumnya jualan, lalu istirahat seketika lantas berdoa meminta bantuan Allah melalui budi-baiknya terhadap ibu-bapa? Atau ahli politik yang diserang kiri dan kanan oleh musuh politiknya, mengambil sedikit masa untuk bermunajat kepada Allah melalui amalan baik terhadap kedua ibu-bapanya?

Ingatlah, ibu-bapa yang tua itu adalah satu aset. Kesusahan, kejemuan dan kebimbangan kita sewaktu menjaga mereka sebenarnya adalah mahar kepada sebuah ketenangan, keberkatan dan kejayaan dalam kehidupan. Namun sebaliknya, jika mengabaikan mereka itulah yang akan membuka kepada pintu kehancuran, keresahan dan kegagalan. Benar seperti yang pernah didendangkan oleh lagu lama, “ayah dan ibu wali-wali keramat.”

Ibu-bapa memang “wali keramat” kerana meminggirkan mereka (apatah lagi kalau sampai ke tahap menderhakai mereka) akan menyebabkan hidup kita terhijab (terhalang). Bukan sahaja kita orang awam ini, bahkan orang-orang Soleh sekalipun jika tersalah laku dengan ibu-bapa akan menerima padahnya. Lupakah kita kepada Juraij, seorang yang amat soleh (rajin uzlah dan beribadah) tetapi tertimpa malapetaka fitnah kerana tidak disenangi oleh ibunya.

Gara-gara begitu asyik dengan solat sunat, Juraij tidak menyahut panggilan ibunya. Ibunya sungguh terasa hati menyebabkan dia berdoa agar Juraij ditimpa fitnah. Benar, tidak lama kemudian Juraij difitnah berzina dengan perempuan jahat menyebabkan dia dihina dan disakiti oleh penduduk-penduduk setempat. Itulah bahananya mengecilkan hati ibu. Justeru, dari segi hukumnya, ajaran Islam menetapkan seseorang yang sedang bersembahyang sunat wajib menyahut panggilan ibunya setelah tiga kali panggilan itu diulang. Kenapa? Padahal solat itu hubungan dengan Allah, sedangkan menyahut panggilan ibu bapa itu hubungan sesama manusia? Apakah hak manusia lebih besar daripada hak Allah?

Tidak, bukan begitu. Sebenarnya itu didikan daripada Allah jua, agar seorang anak menjaga hubungan dengan ibu-bapanya semasa berhubung dengan Allah. Taat kepada Allah dan berbuat baik kepada kedua ibu-bapa ada kalanya dirangkaikan dalam ayat-ayat tertentu dalam Al Quran. Ya, jangan sampai mengejar cinta Allah, dengan mengabaikan cinta terhadap ibu-bapa. Yang setepatnya ialah cintailah ibu-bapa kerana mencari cinta Allah!

Bayangkan jika manusia sesoleh Juraij pun boleh ditimpa kesusahan kerana kesalahan yang boleh dikatakan kecil (berbanding kederhakaan anak-anak zaman ini) terhadap ibunya, apalagi kita. Kebaikan kita tidaklah setinggi dan sebanyak Juraij, sebaliknya kesalahan kita terhadap ibu-bapa kita lebih banyak daripadanya… Bila-bila sahaja kita boleh ditimpa malapetaka akibat kederhakaan ini. Dan mungkin kita tidak sedar, malapetaka itu telah pun menimpa kita.

Intai-intai dan telitilah kembali jalan hidup yang telah, sedang dan akan kita susuri ini. Berapa banyak halangan dan hambatan yang datang melanda. Berapa banyak kali kita kecundang? Apa yang dirancang kekadang sering tidak “menjadi”. Malang dan bencana datang timpa menimpa. Dicari sebabnya, dikaji puncanya, seakan-akan tidak terjumpa… mana tahu semuanya bahana derhaka kepada kedua ibu-bapa.

Dosa kita pada yang lain masih adalah istilah nanti dan tunggu. Tetapi dosa kepada ibu-bapa akan dibalas segera dan tiba-tiba. Sesetengah orang, hanya kerana dia telah menghulurkan bantuan ratusan malah ribuan ringgit sebulan kepada ibu-bapanya, dia telah menunaikan tanggungjawab… Jadi apabila ibu-bapanya “bersuara” sedikit, sudah berani dia membentak. Apa yang tidak cukup lagi? Apa lagi yang ibu hendak? Apa lagi yang bapa tidak puas hati?

Ingatlah, wang ringgit dan harta benda tidak akan mampu membalas jasa atau menebus bakti kedua orang tua kita. Bukan semua perkara dalam kehidupan ini boleh dibeli. Banyak perkara-perkara penting dalam hidup ini tidak boleh dinilai oleh kuantiti material dan fizikal yang kita ada. Antaranya, jasa dan bakti kedua ibu-bapa. Ia hanya boleh “dibayar” oleh kualiti jiwa bukan kuantiti harta.

Maksudnya, budi hanya dapat dibayar oleh budi. Jasa dengan jasa. Budi baik dan akhlak kita yang cantik sahaja dapat menyenangkan hati orang tua pada usia senja mereka. Layani mereka dengan baik, dengarlah cerita mereka (walaupun telah diulang berkali-kali), duduk berbual dengan mereka, membelai atau mengurut badan mereka dan yang paling penting sering menziarahi dan sentiasa berdoa untuk mereka.

Jangan lupa, satu hari kita juga akan melalui apa yang sedang lalui kini. Kita akan mencecah gerbang tua dan mengecap sisa-sisa umur dengan payah dan lelah seperti mereka… bagaimana kita saat itu? Tentukanlah nasib kita itu pada hari ini. Bagaimana? Taat, layan dan belai dengan penuh kasih sayang orang tua kita pada hari ini, insya-Allah anak-anak kita akan mengamalkan sikap yang sama terhadap kita pada akhir nanti.

Cerita dan nasihat ini bukan pertama kali kita dengar… tetapi semuanya diulang lagi kerana kita sering mengabaikan apa yang sering kita dengar. Kita sering menjadi umpama kelekatu yang melanggar lampu yang bercahaya sedangkan di bawahnya sudah begitu banyak kelekatu lain yang terkorban. Berapa banyak ikon anak derhaka dalam cerita rakyat seperti Sitanggang mahupun Malim Kundang yang kita benci dan caci, ironinya kita menjejak mereka tanpa kita sedari.

Sudah dianggap derhaka dengan mendecit perkataan “ah” kepada kedua ibu-bapa. Sudah dianggap melupakan mereka jika kita tidak mendoakan mereka selepas setiap kali mengerjakan solat. Sudah mengecilkan hati mereka jika sudah lama kita tidak menelefon ataupun menziarahi mereka di kampung… Oh, terlalu banyak kesalahan kita terhadap mereka. Dan apakah ini telah menyebabkan tertutupnya pintu kerahmatan dan keberkatan?

Rezeki banyak, tetapi tidak puas. Umur panjang, tetapi dipenuhi dosa. Masa lapang, tetapi hilang manfaat. Kesibukan yang memanjang, keresahan yang tidak berpenghujung mungkin sedang berlaku dalam hidup kita. Anak-anak degil. Isteri atau suami semakin degil dan tidak serasi… Apakah ini semua kerana dosa kita terhadap orang tua? Apakah Allah sedang murkakan kita?

Jika anda bertanya begitu, sila ulang baca ayat pertama pada awal tulisan ini!

daripada genta-rasa.con....xnyesal try masuk web nie...cayok2

Saturday, December 11, 2010

reslt perikso tubik daaaaaaaaa..


Assalamulaikum w.b.t....
kelmarin merupakan hari yang bleh di katakan indah la jugak sebab result exam aku untuk degree dah keluar r.....berdebar-debar hati ni rasanye nk tengok
sebab ni adalah first result aku untuk degree...segala jari jemari ni pm macam terketar- ketar nk bukak student portal.......heheheh.

sebelum tu, dh pagi2 lagi kwan-kawan ku anta msj...."serul result mu berapo".
dalam ati ni mcm nk kate 4.0 pm ade kat dia oram. ye la kte nie xtgk lg result..ape pm thanks kat semua my friends sebab bg semangat.

pagi tu juga, abah asyik duk tanye...."g la tgk result mu tuhhh", kasar bunyi dop?...
tpi tu lag orang kltan, yang kaya budi bahasa...hahaha..pelik statemant nie, xdop kaitan lansung...he2...

okkkk, berbalik kat topic asal....lepas bukak email, tgk la aku kat one email from uitm..
thanks kat uitm sebab sent result melalui email, baru la xjem die pnye server tu and stdnt pm xsusah2 nk tunggu loading bukak stdnt portal tu....

lepas bukak email tu...(panjang la plk crite ni)...heeeee...alangkah terkejut nye, aku pm xsangka dapat result setinggi ni..( nk sedap ati ambo hk sebenar)...aku bersyukur kepada ALLAH S.W.T sebab hasil usha yang xseberapa nie di balas dengan setimpal nye...

walaupun belajar last minutes, sehari nak exam baru la bukak buku...tpi aku berpuas hati dengan apa yang di perolehi.... aku janji dalam diri ini, xnk dh blj last minutes.......perit dh boh..

"aku ingin menjadi seorang insan yang berjaya
dalam hidup ini...sejak kecil lagi aku sering melihat ramai orang yang
berjaya di sekeliling ku...aku tidak mahu sia-sia kan hidup
ku ini kerana aku punya tanggungjawab yang besar kepada tuhan aku
nabi aku, agama aku, diri aku, ibu bapa aku,
keluarga aku, bangsa aku ,negara aku dan semuanya...
aku telah di beri akal yang sempurna oleh tuhan ku, yang sebenarnya
sebagai pilihan kepada diri ku untuk manjadi berjaya atau sebaliknya....
terima kasih semua"

segala clp pohon maaf pak..


Tuesday, November 30, 2010

ku perlu bersemangat........


Assalamulaikum w.b.t
semoga ALLAH s.w.t redha

hari ni merupakan hari yang paling xbersemangat
dalam hidup ku...entah kenapa??????
semua benda yang ku lakukan xmenjadi

semua yang dirancang, musnah.......
semua yang difikirkan terkulai dalam
angan-angan yang hanya indah di permulan.

tapi harus kah diri ku ini terus lemah???
aku seorang islam....islam xmengajar aku
untuk terus lemah dan berputus asa...

aku harus sedar, perancangan manusia
yang lemah seperti aku ini xsehebat perancangan
yang Maha Esa.....

jika kita lemah, kita harus tahu bahawa
ALLAH s.w.t ada....untuk kita dalam apa jua situasi

pabila kita berkata tidak boleh...ALLAH s.w.t.akn tunjukan jalanya
pabila kita berkata mustahil bagi ku...ALLAH s.w.t, semuanya tidak mustahil
pabila kita berkata tidak layak aku utk kemaafan...ALLAH s.w.t ,akn mengampuni
pabila kita merasa ketakutan...ALLAH s.w.t, akn menguatkan
pabila kita merasa tidak disayangi...ALLAH s.w.t sgt menyayangi kita

tetapi yang paling penting aku harus
terus berusaha untuk mendapat keredannya..
cayok! cayok!
hasrul...teruskan perjuangan mu....

"segala cilap pohon di maafkan"









Nabi ikutan ku.............

assalamulaikum
artikel ini di petik daripada harun yahya
sama2 kita semua hayati..........

KESABARAN NABİ MUHAMMAD (SAW)

Selama Nabi Muhammad (saw) menyebarkan ajaran agama Islam, beliau mengalami berbagai macam kesulitan. Para pendusta dan musyrikin dari kaumnya sendiri menghina Nabi Muhammad (saw) bahkan menyebutnya sebagai penyihir atau orang gila. Sedangkan kaum yang lain ingin membunuh beliau bahkan bersekongkol membuat rencana pembunuhan. Meskipun demikian Nabi Muhammad (saw) tetap tidak berhenti berupaya mengajarkan Al-Qur’an kepada semua masyarakat dari berbagai macam latar belakang dan budaya, beliau telah mengajarkan moralitas dan perilaku yang benar.

Sebagaimana Allah (SWT) nyatakan dalam Al Qur'an, beberapa orang tidak memiliki sikap dan perilaku yang baik, dan orang-orang seperti itu suka menyerang maupun menghina orang lain yang memiliki moral lebih baik. Nabi Muhammad (saw) menunjukkan sifat kesabaran dalam kondisi tersebut, memohon kepada Allah dan meminta pertolongan-Nya dalam segala keadaan dan mendorong orang-orang yang beriman untuk sabar dan patuh terhadap perintah-Nya.
Sebagaimana tercantum dalam banyak ayat di Al-Qur’an, Allah (SWT) memerintahkan Nabi Muhammad (saw) untuk banyak bersabar dalam menanggapi perkataan dari orang - orang kafir :

Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam (Surah Qaaf: 39)

Janganlah kamu bersedih oleh perkataan mereka. Sesungguhnya kekuasaan itu seluruhnya adalah kepunyaan Allah. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah Yunus: 65)

Dan Kami sungguh-sungguh mengetahui, bahwa dadamu menjadi sempit disebabkan apa yang mereka ucapkan. (Surat al-Hijr: 97)

Maka boleh jadi kamu hendak meninggalkan sebagian dari apa yang diwahyukan kepadamu dan sempit karenanya dadamu, karena khawatir bahwa mereka akan mengatakan: "Mengapa tidak diturunkan kepadanya perbendaharaan (kekayaan) atau datang bersama-sama dengan dia seorang malaikat?" Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan dan Allah Pemelihara segala sesuatu.(Surah Hud:12).

Orang - orang beriman harus meneladani hal - hal yang telah dicontohkan Rasullullah (saw) yaitu bersabar ketika menghadapi kesulitan. Mereka yang putus asa pada masalah yang kecil, tidak bisa menahan tanggung jawab yang kecil, mereka yang berhenti berdakwah atau mereka yang kehilangan harapan ketika salah dalam berbisnis, mereka harus sadar bahwa perilaku - perilaku tersebut bertentangan dengan kitab suci Al-Qur’an dan ucapan maupun perbuatan Nabi Muhammad (saw). Orang -orang beriman harus selalu bersabar dan cukuplah Allah (SWT) sebagai penolong dan senantiasa bersyukur kepada-Nya, sebagaimana nilai moralitas unggul yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad (SAW), yaitu memohon ampunan, dan berharap kasih sayang serta surga-Nya.

Ada banyak manusia dengan karakter-karakter berbeda di sekeliling Nabi Muhammad (saw). Sepanjang hidupnya, bagaimanapun juga, dia selalu menunjukkan perhatian yang besar kepada setiap orang, memperingati mereka atas kesalahan yang dilakukan, dan mencoba untuk mendidik mereka dalam segala hal, dari masalah kebersihan hingga tentang keimanan. Sikap penuh kasih, toleran, pengertian dan sabar merupakan karakter beliau sehingga banyak orang menaruh hati kepada Islam dan mencintai Nabi Muhammad (saw) dengan tulus. Allah (SWT) menggambarkan sikap menyenangkan Nabi Muhammad (saw) kepada orang sekelilingya tersebut dalam Al-Qur’an :

Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka (Surah Al ‘Imran: 159).

Dalam ayat yang lain, Allah berkata kepada Nabi Muhammad (SAW) bagaimana beliau seharusnya bersikap terhadap orang di sekitarnya :

Kami lebih mengetahui tentang apa yang mereka katakan, dan kamu sekali-kali bukanlah seorang pemaksa terhadap mereka. Maka beri peringatanlah dengan Al Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku.(Surah Qaf: 45).

Nabi Muhammad (saw) tidak pernah memberikan tekanan maupun paksaan kepada orang -orang di sekelilingnya untuk menerima agama Islam.Sebaliknya beliau menggunakan cara - cara yang sopan dan baik kepada mereka dalam menjelaskan Islam.

Beliau selalu membina masyarakatnya dengan usahanya sekuat tenaga, dan setiap waktu dihabiskan hanya untuk mereka. Sifat Nabi Muhammad (saw) tersebut dijelaskan di beberapa ayat sebagai " sahabat anda ".(Surah Saba': 46: Surah an-Najm: 2, Surah at-Takwir: 22)

Orang - orang beriman yang merasakan ketulusan cinta Nabi Muhammad (saw) menggangap beliau jauh lebih dekat daripada kedekatan mereka dengan saudaranya yang lain, dan benar-benar merendahkan hatinya kepada beliau. Dalam satu ayat, Allah menyatakan :

Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka. (Surat al-Ahzab: 6).

Imam Ghazali, ulama besar Islam menyimpulkan perlakuan Nabi Muhammad (saw) kepada orang -orang di sekitarnya dalam sebagian informasi ditemukan dalam hadis :

"... Semua orang menganggap bahwa Nabi Muhammad (SAW) dihormati lebih dari siapapun. Siapa pun yang datang kepadanya bisa melihat wajahnya
...Beliau memanggil para sahabatnya dengan nama panggilan yang sopan dan beliau biasa memberikan nama panggilan jika sahabat tersebut belum mempunyai nama panggilan.
…Beliau sangat perhatian dan baik bila bertemu dengan orang lain.
…Tidak seorang pun dapat berbicara keras kepada beliau.. "[1]

Cinta Nabi Muhammad (saw) kepada sesama manusia, kehalusan budi pekerti dan kasih sayangnyalah yang akhirnya merubah orang-orang di sekelilingnya mau menerima agama Islam dan menenggelamkan hati mereka dalam keimanan, itulah contoh moralitas unggul yang seharusnya dipunyai oleh semua muslim.

Saturday, November 20, 2010

mood xmolek lni....


Assalamulaikum W.B.T
Semoga ALLAH s.w.t redha dengan apa yang dilakukan

ana, tidak tahu apa yang hendak
di bicarakan malam ini, kerana mood
di dalam keadaan yang tidak menentu

ana cuma berharap agar
semua ahli keluarga, kawan- kawn
cikgu-cikgu, pensyarah2 di universiti dan
semua kenalan agar sihat walafiat dan
dilindungi serta di berkati oleh
ALLAH S.W.T....

Friday, November 19, 2010

tenang







sedikit pic from google
untuk tatapan dan renungan


tidak pernah ada marah dan dendam pada mu...


Assalamulaikum w.b.t
semoga allah s.w.t redha dengan apa yang di lakukan.

kali ini ana ingin membicarakan tentang marah dan dendam.
pastinya dalam kehidupan kita seharian sebagai manusia yang lemah
imanya, kite sering berdepan dengan situasi marah mahupun dendam dalam
apa jua bentuk keadaan.
dengan perasaan sebegini yang bersarang di dalam hati
ia memungkin kan pelbagai pekara yang di larang dan dikutuk
di dalam islam berlaku.

ana sebagai insan yang kerdil dan lemah imanya
turut tidak terkecuali, untuk kadang2 mempunyai perasaan marah.
tetapi ana berharap agar perasaan marah itu untuk munuju ke arah
kebaikan, bukanya kemungkaran.

sumber di bawah ini telah di olah sedikit ayat nya...

a: awak.
f: nape tu? dah makan ke
a: xmakan lg. nk tanye awk marah kat sy ke?
f:laaa...sy xprnah ade rase marah atau dendam pun kat awk dlm idup ni..
knape fikir mcm tu?
a: serius? awk cakap je, jikalau marah...sy terima...
f: serius sy ckap, xkn nk tipu plk...benci, marah dan dendam buat hati ni rosak je...kan dh
ckap saya ni bukan jnis yng suka marah....
f: awk terlalu baik dengan sy....terlalu baik...


sebenarnya
di dalam hati ini, tidak pernah pm tercalit perasaan
marah, dendam, benci, mahupun ingin berundur diri
kerana perasaann sebegini akan mengundang kecelakaan daripada
ALLAH S.W.T

dengan marah, benci dan dendam
ia membuka segala pintu2 kecelakaan,
ia membuka segala keburukan yang ada,
ia membuka segala pintu2 kebinasaan dan kemusnahan.

biarlah nikmat kurnaiaan perasaan yang
di berikan Yang Maha Ilahi, di gunakan dengan sebaik2 nya
agar mendapat keredaan di dalam kehidupan...

Firman Allah swt "Orang2 bertakwa ialah org yg berinfak baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan org2 yg menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan org lain. dan Allah mencintai org yg berbuat kebaikkan" (Al-imran:134)

"segala clap pohon di ampunkan"
cayok!!!!!!






Thursday, November 18, 2010

ape makna noktah ( . )


Assaslamulaikum w.b.t
semoga ALLAH S.W.T redha
dengan apa yang dilakukan

ape makna noktah??????
pasti ramai yang tertanya, apakah maksud
disebalik tanda ini.....

dalam kehidupan ini makna dan pengunnan noktah
di guna di dalam pelbagai bidang dan cara
ada yang menggunakannya untuk menetapkan sesuatu
dan ada juga yang menggunakannya untuk mempertahankan sesuatu

semasa di sekolah rendah, kita sering kali
menggunakan tanda noktah untuk setiap karangan BM dan BI
malah kita juga menggunakan tanda ini dalam kehidupan seharian.....

tetapi apakah makna noktah di dalam perhubungan?????
tertanya di dalam diri ini, apa maksud ny...

noktah di dalam perhubungan sering di gunakan
untuk menyatakan atau mengikat sesuatu perhubungan
tetapi adakah ia noktah perhubungan yang suci
yang di redhai oleh Yang Maha ESA??????
eg: i love u......noktah

noktah di dalam perhubungan sering juga di guna
untuk meleraikan sesuatu perhubungan, tetapi apakah
kesan noktah peleraian hubungan itu?????
eg: i hate u.......noktah

bagi yang berkasih di di dunia ini, ungkapan noktah
sering di utarakan apabila ingin mengikat, mahupun
ingin mengakhiri sesutu perhubungan......
kesannya amat mendalam bagi yang di buai dengan
setiap maksud noktah itu ( love or hate )...

tetapi di sini apakah maksud noktah
di dalam perhubungan setiap insan yang d namakan manusia
kepada Yang Maha PENCIPTA???????

pastinya bagi diri ini dan semua insan,
biarlah setiap maksud noktah yang di lahirkan di dalam hati,
di tafsirkan melalui akal yang bijaksana dan
di ucapkan oleh perantara yg paling berkuasa ini
hanya untuk ALLAH S.W.T....

Dia lah sebenar2 noktah bagi setiap manusia....
NOKTAH bercinta...kerana ALLAH s.w.t
NOKTAH berkasih...kerana ALLAH s.w.t
NOKTAH teragung...kerana ALLAH s.w.t

kerana dia yang menyimpan
segala rahsia perhubungan dan percintaan...

"segala clap mohon di ampun"




Tuesday, November 16, 2010

kerdil.........

Assaslamulaikum w.b.t..
smoge ALLAH S.W.T redha dengan ape yang dilakukan

aku malu dengan mu ya ALLAH
kerana aku tidak mampu menegakan syariat mu..

aku malu dengan mu ya MUHAMMAD
kerana aku tidak mampu melaksankan sunnah mu

aku malu dengan mu ya ALLAH
kerana cinta yang kau berikan aku nodai

aku malu dangan mu ya MUHAMMAD
kerana aku tidak mampu menjadi umat mu yang terbaik

aku malu dengan mu ya ALLAH
kerana maksiat berleluasa dalam hidup ku

aku malu dengan mu ya ALLAH, ya MUHAMMAD
kerana ilmu di dada cukup sedikit
ibarat setitik air di lautan

aku malu dengan mu ya ALLAH, ya MUHAMMAD
kerana diri ku belum tersedia jikalau
dipanggil ke pangkuan mu

aku insan yang kerdil, tidak tahu apa-apa
aku insan yang kerdil, tapi bersemangat berjuang di jalan mu
aku insan yang kerdil, biarlah dihina di dunia tetapi tidak dihina diakhirat

"selamat hari raya aidiladha"
semoga pengorbanan para-para nabi dan rasul
dihayati dan direnungi.

sgala clap di pohon ampun...

Sunday, November 14, 2010

Part Time

from: google

Assaslamulaikum w.b.t.
semoge kita semua di berkati dan di lindungi olehnya.
part timer??????

btol ke ana nk cari keje sampingan cti sem ni??
ape pun, hari ni merupakan ari yang paling
ana tidak akan lupakan kerana manebalkan muka
untuk menanyakan kerje di bandar t.merah.....

antara soalan dan jawapan yang diutarakan
has: "kak ada kerja kosong x"
akak: "ada, tpi adik kene isi nama dlm borang dan tunggu panggilan fon"

sebenarnya ana pun xsangka hati ni
dah lama untuk mencari kerja. Tujuan mencari kerja
bukan lah semata2 untuk mencari duit, tetapi
ana merasakan ego dalam diri ini dapat dikurangkan
dengan berinteraksi dengan pelbagai ragam manusia...

bekerja juga dapat menyedarkan diri ini
bahawa betapa bertuah nya ana hidup pabila...
has: "abah nak duit cikit"
abah: "nah duit nya, jimat2 cikit"

betapa bertuah nya hidup ini, pabila semua kehendak
di penuhi....tetapi lupakah kita pada mereka yang merempat dan miskin...
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

semasa berjalan2 di bandar t.merah, ana terserempak dengan seorang
ibu, di mana tangan nya memegang si kecil yang tidak tahu apa2 tentang kehidupan ini lg.
si kecil: "mok nak beli air tuh"
si ibu: "mok xdop duit la"

betapa hampa si kecil itu dengan jawapan daripada si ibu...
tetapi sedarkah ana dan yang lain2 bahawa smua kesenangan
dan kemewahan itu boleh hilang dengan sekelip mata....
kerana harta itu pinjaman dan amanah daripada yang maha ilahi...

disebabkan itu islam agama ku
sangat menitikberatkan tentang bekerja dan berniaga.

biar lah kerja apa pun yang dilakukan asal
ALLAH S.W.T redha dengan apa yang dilakukan oleh hamba nya.

biar lah kerja apa pun yang dilakukan asal
sesuap nasi dan setitik air yang menghilangkan lapar dan dahaga
itu halal dan diberkati oleh nya...

jangan lah malu dengan kerja yang dilakukan
walaupun sebagai penjual buah, penoreh getah kerana itu smua
dipandang mulia.....

niat juga memainkan peranan penting dlam melakukan
sesuatu, kerana tanpa niat yang betul sesuatu pekara yang
dikerjakan itu sia2.....

“Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridhaan) Allah, tetapi ketaqwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.” (al-Hajj [22]: 37

Sebagaimana disebutkan di atas, amalan yang dilakukan seseorang dengan menyembelih seekor binatang karena Allah, akan dinilai-Nya bergantung pada ketaatan atau rasa takutnya kepada Allah. Daging atau darah bintang apa pun yang disembelih dengan menyebut nama Allah itu tidak ada nilainya di hadapan Allah jika amalan tersebut tidak dilakukan karena Allah. Di sinilah, faktor-faktor pentingnya adalah niat baik dan keikhlasan kepada Allah saat menjalankan suatu perbuatan atau peribadatan kepada Allah. Karena itu, seorang manusia tidak akan meningkat kemuliaannya di mata Allah hanya karena amal, ibadah, sikap, dan kata-kata baiknya. Tentu saja semua itu adalah perbuatan yang harus dilakukan seorang muslim sepanjang hidup mereka untuk mendapatkan balasan yang besar di hari pembalasan. Akan tetapi, faktor terpenting yang harus diperhatikan saat memenuhi semua perbuatan itu adalah tingkat kedekatan yang dirasakan seseorang dengan Allah. Yang penting bukanlah banyaknya perbuatan yang kita lakukan, melainkan bagaimana seseorang berpaling kepada Allah dengan kebersihan dan keikhlasan hati.


"sgla clap hrap dimaafkan"


Saturday, November 13, 2010

single???????

Assaslamulaikum w.b.t
semoge kita semua di berkati dan dilindungi oleh nya.
terasa kosong?

betol ke x, aku merasa kan diri ku ini kosong...?
emmmmm...sebenarnya sejak aku pulang dari
universiti, ma dan abah sering bertanyakan
"dah berpunye ke x?"

susah bagi aku untuk menjawab soalan mereka ni...
bukan ana xnk mencari, tetapi susah untuk mencari
yang benar-benar ikhlas dalam perhubungan
yang di berikan oleh ALLAH S.W.T ini.

bukan juga ana memilih,
tetapi cukuplah bagi ana dalam kehidupan yang
singkat ini, Yang Maha ESA memberikan
dan menghadirkan seseorang yang setia dalam
perhubungan.

bukan juga bagi ana untuk mencari
wanita yang baik paras rupanya
tetapi cukuplah bagi ana, seorang teman
yang elok dipandang sebagai seorang islam...

biarlah ana kosong dalam perhubungan
di dunia, tetapi ana tidak kosong dalam perhubungan
dengan Yang Maha Pencipta....

apabila hati ini di berikan
pengubat dan santapan yang betul, nescaya
luruslah lah jalan yang akan diikuti oleh seseorang itu.

ya ALLAH S.W.T
aku hamba mu,
aku cinta pada mu dan rasul mu,
aku cinta pada agama mu dan kitab mu,
aku ingin berjuang di jalan agama mu.

ya ALLAH S.W.T
ampunkan daku dan segala dosa-dosa aku,
suci kan lah hati ku ini dripada sekulumit titik-titik
dosa, yang menjadi beban kepada ku.....

ya ALLAH S.W.T
biar kan lah aku terasa kosong di dunia
tetapi aku tidak terasa kosong di akhirat kelak....
aku tahu engkau telah memberikan yang terbaik
untuk hamba mu dan umatt nabi kesayangan mu
dan kami semua.....
MUHAMMAD S.A.W


Tuesday, September 14, 2010

Aku menyintaimu

cinta hakiki...

posted by hasrul at 12.57 a.m

cinta hakiki..hatikuberkata..

Telah lama cinta terbiar dari cinta yang suci,
Telah lama cinta terbiar dari cinta hakiki,
kerna sekian lamanya manusia dibuai cinta nafsu,
kita sering menyangka cinta manusia itu yang sejati....

Namun lupakah kita cinta nafsu selalu mengecewakan,
Sering berubah tidak menentu,
Seperti pantai dipukul ombak....

Cintakan ALLAH,
Cinta sebenarnya, itulah cinta sejati,
Kasihlah sesama manusia kerna cinta yang hakiki hanya untuk
tuhan yang ESA.....

Cintakan ALLAH tiada kecewa,
engkau akan tenang di waaaktu susah,
kembalilah kepada tuhan, dia kan tetep menanti,
CINTA KASIH SAYANGNYA TIDAK BERTEPI....ALLAHUAKHBAR...

Thursday, September 9, 2010

hati ku berkata.....


hati ku berkata lg.......
tunduk lah wahai pemilik hati ini kpd tuhan mu,
sembah lah
pemilik hati ini kpd tuhan mu,
sujud lah
pemilik hati ini kpd tuhan mu,
berdoa lah pemilik hati ini kpd tuhan mu,

hanya tuhan kamu ALLAH S.W.T yag mampu menolong kamu ketika senang dan ketika kamu berada dalam gundah gelana....

percaya hanya kepada tiada tuhan melainkan ALLAH S.W.T dan nabi MUHAMMAD S.A.W pesuruh allah, wahai pemilik hati ini......

janganlah kamu leka dengan kesenangan dunia ini,
janganlah kamu leka dengan kebendaan dunia ini,
janganlah kamu alpa dengan pujuk rayu dunia ini,
janganlah kamu alpa dengan musuh kamu di dunia dan di akhirat kelak...SYAITAN...

ak hanya pinjaman yang diberikan oleh yang maha ilahi untuk dijaga oleh kamu,
jangan kamu sesekali kotori ak dengan titik-titik hitam dosa kamu,
bersih kan lah dan mandikan ak dengan nur dari ilahi....
semoga ak akan memprtahankan kamu di depan tuan ak kelak....ALLAH S.W.T...