Wednesday, May 9, 2012

Kebaikan vs Kejahatan


"Jika kejahatan dibalas dengan kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas dengan kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, maka itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

 La Roche

"Perbaikilah dirimu di samping kamu mengajak
 orang lain kepada kebaikan."   (Hassan Al-Banna)

Monday, April 2, 2012

LelaKiii....


"Lelaki yang zuhud adalah lekai yang kaya di dunia dan akhirat"

"Lelaki yang fakir adalah lelaki yang gemar dan cintakan Dunia"


"Perbaikilah dirimu di samping kamu mengajak
orang lain kepada kebaikan."
(Hassan Al-Banna)

Saturday, February 4, 2012

amanat insan kecintaan ku...


Satu peristiwa penting bulan Zulhijjah yang sering kita terlupa ialah bahawa Rasulullah S.A.W telah menyampaikan amanat terakhir kepada umat Islam. Khutbah terakhir ini disampaikan baginda pada 9 Zulhijjah Tahun Ke 10 Hijrah Di Lembah Uranah,Arafah. Justeru, marilah kita renungi khutbah tersebut yang merupakan khutbah terakhir Rasulullah S.A.W.

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu selepas ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikan ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu menyakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba adalah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya kepada perkara-perkara kecil.

Wahai mausia, sebagaimana kamu mempunyai hak terhadap isteri kamu mereka juga mempunyai hak terhadap kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka terhadap kamu maka mereka juga berhak diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu terhadap mereka ialah mereka sama sekali tidak memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ‘ibadah haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslimin adalah saudara kepada muslimin yang lain. Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lain kecuali taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan terhadap segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar daripada landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah,bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba-Mu"...fb motivasi islam...menangislah sepuas-puasnya wahai insan yg kerdil ini..

~selembar bulu mata~


Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu.

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu."
"Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat. Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yang memandangi." Disusul oleh telinga, "Saya yg mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium." Bibir mengaku, "Saya yang merayu." Lidah menambah, "Saya yang mengisap." Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meremas." Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan." "Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu, ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dimasuk ke dalam neraka jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, tiba-tiba terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi." "Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka
Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan tobat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan." Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan diantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga:

"Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga karena pertolongan selembar bulu mata." (atas rahmat Allah) Sungguh Allah Maha Pemberi Kurnia...fb keluarga besar islam malaysia :)

Friday, February 3, 2012

keringat......


Assalamulaikum w.b.t....
salam serta selawat keatas insan yg paling kita cintai MUHAMMAD S.A.W, beserta seluruh ahli keluarga baginda, para2 sahabt dan pejuang2 agama yg suci.....

lama sudah ku perhatikan gerak-gerinya,timbul perasaan yg sayu di hati ini yang membuatkan ku sebabk dan meraung kesakitan...

semakin hari, wajahnya semakin teserlah dengan ke hebatanya sebagai seorang insan yg ku sayangi...wajahnya seakan-akan menceritakan segala peristiwa dan pengalaman yg mendewasakanny...

mungkin peristiwa dan pengalaman yg dilaluinya memberi kesakitan atau cahaya kepadanya, agar dia terus tersenyum dan gembira dengan apa yg dilaluinya....

adakan aku????? pernah terfikir akan kesusahan yg ditanggunganya selama ini...
atau pun adakah aku??? telah dapat mengembirakan nya walaupun sesaat....

adakah aku???? pernah terfikir untuk meringankan kesusahan ataupun dapat mengukir senyuman diwajahnya walaupun sesaatttt...

aku insan berdosaaaaaa.....hasrul fahri.

Monday, November 14, 2011


“Lihat jari-jemari kita. Pernah terfikir tak mengapa jari-jari kita tak sama rata?”

“Jari ibu ni melambangkan agama islam atau iman, merupakan jari yg terpenting sekali dalam kesemua jari-jemari. Tanpa jari ini tak boleh nak suap nasi kemulut, nak pegang pisau, nak hantar SMS, nak picit jerawat, nak tekan spacebar, nak itu-ini, begitu begini bla bla bla,” “Begitulah pentingnya iman pada hidup ini.”

“Jari telunjuk pulak mewakili ilmu, contoh apabila orang tanya mana masjid? Kita akan tunjuk dengan jari telunjuk,” lagi. “Memberi tunjuk ajar kepada manusia.”

“Jari tengah pula?” .

“Ini jari nafsu. Sekarang cuba bandingkan, kelihatan jari ‘nafsu’ ini lebih tinggi dari jari ilmu. Ini bermakna walau hebat sekalipun ilmu agama, nafsu tetap mendahului. Sebab tu nabi suruh kahwin cepat-cepat!”

“Sekarang kita beralih kepada jari manis. Jari manis diibaratkan sebagai isteri yang manis. Isterilah yang dapat meredakan nafsu syahwat lelaki,”

“Jika perasan, jari manis dan jari telunjuk mengapit jari tengah. Maka nafsu akan terkawal. Begitulah pentingnya iman, ilmu amalan dan isteri solehah.”

“Last but not least, jari kelingking atau sesetengah orang memanggilnya jari anak. Jelas namanya mewakili anak-anak. Inginkan anak-anak yang soleh, kenalah kahwin dulu. Nanti tiadalah berlaku kes pembuangan bayi,” .

“In essence, kita perlulah persiapkan diri dengan amal ibadat serta mendampingi orang yang soleh agar nafsu dapat dilentur. End of all, kita dapat menuju mardhatillah. Bercinta sehingga di syurga. Seindah bintang malam.”

(sumber : acho,demi masa)