Friday, April 15, 2011

BudAK kaMpunG :)


Assalamulaikum w.b.t...
selawat keatas junjungan besar nabi kesayangan kita smua, MUHAMMAD s.a.w dan
kesejahteraan kepada keluarga baginda beserta para2 sahabat....

yeeeeeeeee........esookkkkkkkk aku balik umah dh, yg mana sudah dianggarkan 3 bulan bagi kaki ku ni tidak berpijak di negeri yg ku sayangi KELANTAN DARUL NAIM. cheeewaah, excited nmpk, ye la dlm sebulan dua ni aku di bebani dgn banyak kerja + assgmnt. tpi smua tu sudah berakhir hari ini dan bermula la peperangan terakhir di dewan peperiksaan.

tpiiiiii, mlas la nk bg tahu sal exam sbb ptg tadi baru je lepas present bagi Bell 422.....mlm ni, hanya nk rungkai ( ayat jarg2 di guna) :) ttg kehidupan tuan empunya blog ni iaitu Aku SebagAi BudAK kaMpunG.......tpi dlm bentuk puisi ke ape eh yg cikgu2 kesayangan kita smua dulu bagi tahu dlm kelas???? entah aku pm xtahu, tpi jom tgk nukilan ini...

aku budak kampung,
diajarkan syariat2 islam sejak lahir sampai kini,
diberi pemahaman antara halal dan haram.

aku budak kampung,
diajarkan adat2 kemelayuan untuk
bersopan santun satu sama lain.

aku budak kampung,
tidak punya apa2 harta kekayaan,
tetapi kaya budi bahasa sebagai pengukur diri.

aku budak kampung,
diberi pemahaman ilmu sebagai penyelamat
didunia dan akhirat.

aku budak kampung,

yup....aku adalah budak kampung dan aku bangga dilahirkan serta dibesarkan didalam suasana kampung....biarlah aku tidak mengenal dan mengerti apa tu branded things, apa itu levis, apa itu black berry, biarlah di pandang serong sbg ketiggalan zaman............tetapi aku bahagia dan bersyukur dgn apa yg di berikan ilahi......

aku xpunya harta bertimbun2 untuk diwarisi dari ibubapa ku, tetapi aku di ajarkan untuk mencari harta yang lebih berharga iaitu ilmu.......cahaya kehidupan. aku diberikan kebahagiaan dlm keluarga yg diharap berkekalan sampai akhirnya.

aku berharap dipermudahkan perjalanan hidup ini, kerana matlamat aku yg terakhir dlm mengharungi perjalan diatas muka bumi ini ialah padang mahsyar dan ganjaran nya ???????????

di upload pic bunga kelapa, kerana zaman kecil2 dulu suka ngat panjat pokok kelapa..heeee

akhir sekali
kata2 pembakar semangat bg empunya blog
cayok! cayok!
hasrul hassin :)






Saturday, April 9, 2011

keindahan dan keajaiban.....DISEBALIK

Assalamulaikum w.b.t....
selawat keatas junjungan besar nabi MUHAMMAD s.a.w,
dan kesejahteraan kepada keluarga baginda serta para-para sahabat.....

disebalik ini terdapat cahaya bg mereka yg beriman.....
disebalik ini terdapat kegelapan bg mereka yg ingkar...



disebalik ini terdapat kehidupan yg indah bg mereka yg bertakwa......
disebalik ini terdapat kehidupan yg menyeksakan bg mereka yg lalai...

disebalik ini terdapat kemewahan bg mereka yg sabar didunia.....
disebalik ini juga terdapat kemiskinan bg mereka yg terpesona dgn kehidupan dunia....

disebalik ini terdapat kehidupan abadi yang mengasyikan bg mereka yg khusyuk padanya...
disebalik ini juga terdapat kehidupan abadi yg mengerikan bg mereka yg lupa padanya.....

disebalik ini terdapat taman2 yg indah utk dinikmati bg mereka yg soleh padanya.....
disebalik ini juga terdapat seksaan yg menyakitkan bg mereka yg sombong padanya.....

disebalik ini terdapat bidadari sebagai penghiasnya.....
disebalik ini terdapat juga penjaga yg bengis terhadap penduduknya...

disebalik ini terdapat SYURGA sebagai ganjaran bg mereka yg beriman padanya....
disebalik ini terdapat NERAKA sebagai balasan bg mereka yg kufur padanya.....

disebalik ini terdapat yang maha esa ALLAH S.W.T.....
disebalik ini terdapat nabi kesayangan kita MUHAMMAD S.A.W...

semoga kita semua selalu ingat
padanya...
segala silap dan salah dipohon maaf....

cayok! cayok! hasrul :)



Wednesday, April 6, 2011

PASANGAN KU.............

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

by taman raudhah blogspot.


Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

Tuesday, April 5, 2011

Bankers mase dpn....INSYALLAH.. :)


Assalamulaikum w.b.t...........
selawat keatas junjungan besar our beloved prophet MUHAMMAD S.W.T dan
kepada keluarga baginda, beserta para2 syuhadah.....semoga dimuliakan ALLAH S.W.T...

pertama sekali dlm hidup ini, bersyukur kpd ilahi kerana masih membenarkan untuk ana bernafas dan merasakan nikmat hidup di dunia yg sementara ini yg di ibaratkan seprti ombak di lautan, apabila singgah di pantai dan membawa semua butiran pasir2 nya pergi.....begitulah kehidupan di dunia, smua memori pahit mahupun manis akn di tiggalkan kecuali amalan yang akan menentukan kita semua di landasan diredhai atau pun tidak......

k....melarat la plk diri nieeee.....hehehehe...tapi itu la nk dceritakan di pagi yg pnuh berkat ni. mcm xnk tutup je mata yg ku syangi ni....ada je benda yg nk di kongsi dlm blog...kali ni, nk d kongsi seba sedikit ttg pglaman sepanjang menjadi seorang muslim yang dahagakan ilmu...hehehehe.....

ana bukan lah seorang yg pandai sgt....dlm kelas selalu aje dapat tmp yg last bile exam..ye la budak kampung, mana ada nk g tuisyen and mak ayah pm sibuk nk cari makan utk anak2 di rumah tuuuu....so ble di katakan sejak kecil lagi ana sudah di ajar dengan hidup beserdahana dan terima apa yg ada depan mata...

ana xpernah di manjakan dgn benda2 yg mahal-mahal or branded la kata owang yg senang cikit...banyak kali la jgk p kelas tu xbwk duit, hanya makn di kantin...tu pm atas bantuan kerajaan yg sedikan RMT...rancangan makanan tambahan utuk bdk2 miskin....hahahahah...thanks govt..bukan main politik, tapi berterima kasih krn wat RMT...

tapi dlm hidup ini, ana bersyukur kepada MUya ALLAH S.W.T kerana telah memberikan kehidupan yg sangt bermakna ini......dlm hati ini xingin aku merungut, malahan berterima kasih pada yg maha ilahi kerana telah memberikan kedua ibu bapa yg xlupa akan tanggungjawab mereka sebagai penjaga amanah drpd ilahi...

ayah yg ku sayangi selalu aje bawk ana p kebun....tiap2 masa ade aje nasihat yg d berikan supaya belaja sungguh2.....abah xnk YO jd mcm abah dgn ma.....abah xleh tinggal harta bnyk, cuma abah leh wie nasihat dgn ILMU kat YO........lau abah dh xdop, tu je bekalan hok YO leh guna utuk hidup.....

semangat ana utk terus blj makin naik bile pikirkan nasib keluarga.....ana berusaha sedaya upaya utk berikan yg terbaik kat abah dgn ma sblum mereka tinggal dunia yg pnuh ceria bg mreka ni....ana xmahu kecewakan mereka dgn alasan gagal kerana belum berusaha...ye smua kputusan tu ALLAH S.W.T yg ttntukan, tpi sbg hamba nya kne la kita usha dulu.....

so mulai saat ni, akan diri ini dipaksa utuk bekerja keras manuju kejayaan...ALLAH s.w.t akn menolong hambanya yg sentiasa berusaha dgn gigih sblim tawakal padanya.....

SESUNGGUH NYA AKU BERSYUKUR PADA MU YA ALLAH,
KERANA MEMBERIKAN KEHIDUPAN INI, AKAN AKU,
GUNAKAN UNTUK MEMBAWA DIRI INI,
LEBIH DEKAT PADA MU, KERANA AKU,
YAKIN AKAN KEKUASAAN,
KEBESARAN DAN,
KEESAAN MU,
YA ALLAH S.W.T.

sesungguhnya ALLAH s.w.t maha bijaksana kerana telah mengatur kehidupan ini dgn sempurna sekali. ada yang diberikan kehidupan yang mewah, tetapi tanggungjawab mereka lebih berat kerana dgn harta benda ia boleh membawa mereka hampir ke pintu SYURGA ATAU NERAKA...
janganlah kita sombong dgn harta kekayaa yg ada kerana itu smua hak milik ilahi.....dan bersyukur dgn seadanya kerana dilahirkan di kalangn keluarga sederhana kerana ALLAH mahu menguji sejauh mana hambanya bersyukur padanya...

ini adalah pandangan peribani penulis blog.....sesungguhnya penulis sentiasa berdoa agar smua diberikan kehidupan yang bahagia dan diredhai oleh ALLAH S.W.T.....

xlupe ayat pembakar semangat
CAYOK! CAYOK!


:) & :)



Siti Nurhaliza - Ya Rasulullah ( Dengan Lirik )

perkongsian....tangisilah nasib kita smuaaa...

sumber: Amar Sufi

Gambaran Hari Kiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Friday, April 1, 2011

xpernah post sal nieeeeeee..HATI


Assalamulaikum w.b.t.....
selawat keatas junjungan besar Nabi kesayangan kita smua Muhammad s.a.w dan keluarga baginda beserta para2 sahabat....semoga dimuliakan oleh ilahi..........

post ni dilakukan dan dirungkai ketika empunya blog xdapat melelapkan mata....entah la apa yang menganggu dlm fikiran ni.....skrg ni jam menunjukkan pkl 1.44 pagi dan lagu maher zain, open ur eyes menemani....sungguh xsgka...stdy pm x mlm ni, ape nk jadi........heeee

k sebenarnya ape yg hendak di kongsi pada pg yg penuh keberkataan ni adalah post atau ulasan ttg hati dan perasaan yg dicipta oleh ALLAH s.w.t yg d berikan kpd mkhluk pilihan nye iaitu manusia....

ALLAH s.w.t sbg pencipta yg adil telah berikan pelbagai nikmat yg x terhingga pada mkhluk ciptaanya ini.....plbgai nikmat seperti kekayaan, nafsu, makanan, perhubungan dan banyak lg sehingga kadang2 menjadikan manusia itu sendiri takbur dan lupe akan motif ia dijadikan di dunia ini.....

tetapi salah satu nikmat yg paling bernilai la selepas nikmat keimanan ialah, nikmat berkasih sayang antara makhluk yg bernama manusia itu sendiri....untuk mencapai cinta ilahi pelbagai cara boleh di lakukan selain sembahyang, puasa, hormat menghormati dan sebenarnya dgn nikmat berkasih sayang itu sendri boleh membawa manusia dgn lebih dekat pada cinta yg utama iaitu cinta ILAHI...

jgn la kita menyalah kan cinta kpd manusia itu telah menyebabkan cinta kita pada ilahi telah berkurang...sedangkan apakah matlamat utama ALLAH s.w.t jadikan perasaan kasih sayang dlm diri manusia itu sendiri?????? telah ALLAH s.w.t jadikan perasaan itu dlm diri manusia, xkn kita nk bunuh pulak perasaan yg indah ini????? mesti ada gunanya kan???

kurangnya cinta manusia pada ALLAH s.w.t itu di sebabkan kelalaian manusia itu sendiri....bila mana bercinta tanpa ada batasan...bukan lah ana, hendak mengatakan diri ini sempurna, sedangkan ana jgk mencari cinta di kalangan manusia itu sendiri, tetapi motif ana disini agar kita semua bercinta dgn batasan, niat utk berkasih syg itu mestilah betol kerana ilahi....kan nikmat bila bercinta kerana ilahi....hehehehe...terima seadanya pasangan anda....

bila mana ade kenalan ana yg telah kehilangan cinta apabila ade di kalangan kawan2 dia sendiri mempersoal knape dia bercinta.....ye la bdk dakwah, xpernh bercinta....Yang Maha Adil telah berikan perasaan itu, jadi gunakan sbg salah satu jalan utk mendapat keredaan nye...jangan salah kan perasaan itu, tetapi salahkn nafsu yg tidak dapat dikawal....

nmpaknya banyak lg huraian..tetapi ngatop laaaa...so hasrul cayok! cayok! and berjaya dgn usha anda sendiri....nyteee...mcm la ade follower aku nieee..hahahahah
xpe ini adalah my own diary....so enjoy with bless from ALLAH s.w.t....


penatttttttttttttt......


Assalamulaikum w.b.t......
selawat ke ats junjungan Nabi kesayangan kita semua Muhammad s.a.w dan keluarga baginda beserta para2 sahabat...smoga smuanya di muliakan oleh ilahi...

k sbelum tu sudah agak lama bg empunya blog "hati ku berkata untuk" utk post apa2 entry....entah la dlm sebulan dua ni, kesibukan melanda diri...,meting sana la, meting cini la...smuanya perlukan pengorbanan yang semestinya jika dilakukan dgn niat dan cara yg betul akn mendapat keredaan ilahi....

ksibukan melanda bila aku yg xtahu apa2 ni dipilih sbgai pngarah prjct....terkejut jgk, ye la kita ni kan senyap je dlm claz, brani classmate pilih aku nk handle pgram..hehehehe...
tapi peluang ini aku amik sbg cabaran dan pglaman dlm hidup.....ye la bila dah keluar U mgk dah xde punye peluang mcm ni, so amik je la dan doa je harap2 Allah s.w.t bantu aku dln handle pgram ni..

banyak pglman yg aku dapat bila handle pgrm......prgai orang, mcm mana nk urus mase dgn baik, nk berurusan dgn lect......smuanya aku jd kan sbg pglman berharga dlm hidup ini....tapi pglman dan nikmat yg paling manis sekali bila aku tahu ALLAH s.w.t redha dgn apa yg aku buat...kita kne yakin bhwa Allah s.w.t akn dekat, tengok dan akn nilai sejauh mana hambanya bergantung harap padanya.....

kejayaan sesuatu pekara tu bkn di nilai pd banyak mana org ucap trima kasih atau tahniah....tpi kejayaa bg diri empunya blog ni la, adalah apabila kita manadah tangan dan bersyukur apa yg telah dilalui dgn keredaan ilahi......ALLAH S.W.T menilai hambanya apabila sesuatu pkra itu d lakukan dgn seikhlas mgkn....tanpa merungut walaupun "AH"....

aku jgk mngnali plbagai ragam manusia.....ye la nk communicate dgn org yg bru di kenali, ssh jgk kn..dh la jrg2 nk speking bhsa luar....kite kn peminat bhsa kltn yg ori...so dgn pgram yg aku hndle ni, bleh la sikit sbnyak imprve my lguage..hehehehe.....t nk jd bos d tabung haji mcm ne hasrul ble ko xpanda nk cmmunicate..syukur leh hndle....insyallah...

dgn kenyataan di atas so entry penattttttttttt dah xde dlm kamus hidup insan bernama hasrul...cayok! cayok!